Wednesday, September 24

Pomade? Apa benda tu?



Assalamualaikum semua! Lama dah rasanya tak update blog. Yela dah full-komitmen dengan kerja hakiki. Busy memanjang... Apapun, nak publish sikit la tentang barang 'HOT' ni. Silalah baca ya..


Gaya rambut klasik seperti rambut Wak Doyok, Leonardo D Caprio mahupun Cary Grant, bukan lagi fesyen luar biasa sebaliknya ramai lelaki hari ini lebih selesa dan yakin dengan potongan rambut nipis yang dikatakan tampak lebih dewasa dan profesional.

Potongan rambut vintaj ala tahun 50an ini kembali menjadi 'IN' pada hari ini. Bagi anda yang mempunyai rambut lurus dan sedikit tebal, anda tidak mempunyai masalah untuk bergaya dengan potongan rambut vintaj. Caranya, belah rambut ke tepi, sapukan pomade dan biarkan ia semulajadi menggunakan sikat/ tanpa sikat dan sedikit bergelombang.

Sesiapa yang mempunyai rambut berpotongan klasik ini biasanya pasti memiliki sebilangan koleksi pomade dari pelbagai jenama.

Sebelum itu, apa itu pomade? Pomade merupakan zat berminyak dan berunsurkan lilin yang digunakan untuk menata gaya rambut. Penggunaan pomade benar-benar menjamin rambut anda kelihatan lebih rapi, berkilat dan kemas. Pomade yang mula popular sekitar tahun 1900an ini mengandungi sumber dari minyak kelapa, lanolin, wax dan pewangi.

Berbeza dengan wax, gel atau penyembur rambut, pomade tidak mudah kering dan mengeras namun memerlukan sedikit masa untuk membersihkannya. Namun, anda boleh mengatasi masalah ini dengan mencuci rambut menggunakan produk khas (de-greaser). Anda juga boleh menggunakan air suam serta minyak zaitun untuk membersihkan rambut anda.

Di Malaysia, antara pomade yang mudah didapati dan popular adalah Suavecito, Layrite, Bona Fide, Shiner Gold dan banyak lagi. Terdapat juga pomade buatan Malaysia seperti Malaya Pomade dan The Matt Pomade yang pertama berunsurkan halal dan suci.

Perlu diketahui juga, pomade terdiri daripada pelbagai jenis dan bahan pembuatan di mana mempunyai perbezaan kesan dan kegunaan. Maka, jangan asal pilih tetapi sesuaikan dengan keperluan rambut.

Rambut potongan klasik ini kelihatan 'fashionable' pada tahun ini lebih-lebih lagi ramai wanita suka lelaki yang mengikuti trend. Tip paling mudah adalah tipiskan bahagian kiri dan kanan rambut. Di bahagian tengah rambut pula dibiarkan sedikit panjang dan tebal. Sikat rambut ini ke tepi dan sapukan sedikit pomade. Baru ada gaya!



No comments:

Post a Comment